CARA CEK MYKASIH (2025 ONLINE)
Objektif utama pemberian Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas selain daripada barangan seperti produk kebersihan, peralatan pendidikan serta ubat-ubatan.
Bagaimanakah cara cek status bantuan Mykasih secara online 2025 ? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : CARA SOLAT JENAZAH RINGKAS (LELAKI/PEREMPUAN)
KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
| PENERIMA SEDIA ADA (0.7 Juta Penerima) | PENERIMA BAHARU (4.7 Juta Penerima) |
|---|---|
| Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
| Lulus dan penerima sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
| Kategori Bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan | Kategori Isi rumah dan warga emas tiada pasangan |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
| PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| Isi Rumah RM100/bulan (bermula Januari-Mac) RM200/bulan (bermula April-Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April-Disember) |
| Warga emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Januari-Mac) RM150/bulan (bermula April-Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April-Disember) |
| Bujang RM50/bulan (bermula Januari-Disember) | – |
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CEK SENARAI BARANGAN MYKASIH
Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]