CARA CHECK STR (FASA 4 2025 BANTUAN)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 merupakan pembayaran terakhir untuk tahun ini. Pembayaran akan dikreditkan mulai 18 Oktober 2025 kepada penerima yang layak secara berperingkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai STR Fasa 4 baca artikel penuh dibawah.
Apa Itu STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan tahunan daripada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan membantu mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), termasuklah golongan bujang dan warga emas. STR Fasa 4 ialah bayaran terakhir untuk tahun 2025.
Pembayaran akan dibuat pada 18 Oktober 2025 kepada penerima yang layak. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh ditebus di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
“Dapatkan maklumat tentang cara mendaftar akaun MySTR 2026 disini.”
Syarat Kelayakan STR 2025
Sebelum membuat semakan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan :
- Isi Rumah B40 (pendapatan ≤ RM2,500) : Layak menerima bantuan berdasarkan bilangan anak.
- Isi Rumah M40 (pendapatan RM2,501 – RM5,000) : Layak menerima bantuan berdasarkan bilangan anak.
- Bujang (pendapatan ≤ RM2,500) : Bantuan diberikan kepada individu bujang berumur 21–59 tahun.
- Warga Emas (umur ≥ 60 tahun) : Bantuan diberikan kepada warga emas tanpa pasangan.
Jika anda memenuhi syarat di atas, anda layak menerima STR Fasa 4 2025.
Cara Check STR Fasa 4 2025
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima STR Fasa 4 2025 dan untuk menyemak status pembayaran, ikut langkah-langkah berikut :
- Buka laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Jumlah bantuan STR Fasa 4 2025 adalah mengikut kategori penerima. Berikut ialah jumlah yang akan diterima :
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 kebawah
| Bilangan Anak | Jumlah Bayaran Fasa 4 |
|---|---|
| 0 Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM350 |
| 3 – 4 Anak | RM500 |
| 5 Anak ke atas | RM700 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Jumlah Bayaran Fasa 4 |
|---|---|
| 0 Anak | RM100 |
| 1 – 2 Anak | RM200 |
| 3 – 4 Anak | RM250 |
| 5 Anak ke atas | RM350 |
- Bujang & Warga Emas
| Jumlah Maksimum | Jumlah Bayaran Fasa 4 |
|---|---|
| RM600 | RM150 |
Jumlah bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atau boleh dituntut di cawangan BSN bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
Cara Pembayaran STR Fasa 4 2025
STR Fasa 4 2025 akan dibayar melalui dua cara :
- Pindahan ke Akaun Bank
- Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran terus ke dalam akaun mereka.
- Bayaran ini akan diproses secara automatik dan tidak memerlukan tindakan lanjut daripada penerima.
- Penebusan di Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh ditebus di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan identiti dan pengeluaran bayaran.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4 2025
- Tarikh pembayaran STR Fasa 4 : 18 Oktober 2025 (penerima yang mempunyai akaun bank).
- Pengeluaran di BSN : Bermula 21 Oktober 2025 (bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank).
- Penerima baharu yang diluluskan selepas 30 September 2025 : Pembayaran akan dimulakan pada 13 November 2025.

Soalan Lazim (FAQ)
Pembayaran STR Fasa 4 akan bermula pada 18 Oktober 2025. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 21 Oktober 2025.
Anda boleh menyemak status pembayaran dan kelayakan di portal rasmi Hasil Gov atau MYSTR dengan log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda.
Jika anda tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh dikeluarkan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Maklumat & Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566
- Emel : [email protected]
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my