CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 : PANDUAN LENGKAP MOHON DARJAH 1 SESI 2027

CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 : PANDUAN LENGKAP MOHON DARJAH 1 SESI 2027

Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2020 dan 2021. Pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) ambilan tahun 2027. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online atau atas talian untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Bagaimanakah Cara pendaftaran tahun 1 2027? Ikuti info lanjut disini sekarang.

BACA JUGA : DAFTAR DARJAH 1 PDF : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & REGISTER TAHUN 1 2027

PENDAFTARAN TAHUN 1 2027

Inisiatif untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI untuk membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.

CARA PENDAFTARAN TAHUN 1

SYARAT LAYAK DAFTAR TAHUN 1 2027

Bagi melayakkan untuk pendaftaran ke tahun 1 2027, anda perlu mengetahui syarat seperti berikut :

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada:
    • 2 Januari – 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun)
    • 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun)

TARIKH PENDAFTARAN TAHUN 1 2027

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Proses pendaftaran murid tahun 1 boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my.

CARA PENDAFTARAN TAHUN 1

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan murid tahun 1 melalui sistem permohonan idMe:

  1. Layari Portal Rasmi idMe
  2. Klik Daftar Baru
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
  4. Log masuk semula ke dalam sistem idMe dan masukkan kata kunci yang diterima melalui emel dan taip kata laluan serta klik Daftar Masuk
  5. Pilih tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
  6. Klik pada Pengurusan Profil dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa atau penjaga, maklumat pasangan serta maklumat anak/ jagaan kemudian klik Simpan
  7. Pada tab Maklumat Anak Jagaan, Klik pada setiap nama anak yang didaftar untuk mengemaskini maklumat mereka secara terperinci dan klik Simpan
  8. Pilih pada menu Permohonan Kemasukan untuk mendaftar kemasukan Tahun 1
  9. Keluar paparan syarat kemasukan dan klik Mohon
  10. Pilih sekolah berdasakan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
  11. Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan
  12. Buat pengesahan permohonan dengan menanda kotak ‘Saya Mengaku’ dan klik Hantar
  13. Borang permohonan perlu dicetak bersama borang sokongan dan dihantar ke sekolah yang dimohon.

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini :
Manual Pengguna pdf.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut :

  • Cetakan borang permohonan online
  • Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  • Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  • Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  • Sampul surat bersaiz standard serta beralamat sendiri dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  • Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

*Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang anda mohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza

SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN TAHUN 1

Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026

Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?

Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my

Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?

Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Bila rayuan dibuka?

Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.

RUJUKAN

Untuk maklumat lanjut, info terkini dan sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke:

  • Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
  • No. Tel : 03-88843501
  • No. Fax : 03-88895244
  • Email : [email protected]

Leave a Comment