CARA SEMAKAN STATUS STR (BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026)
Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 dibuka bermula 13 Oktober 2025. Bagi penerima sedia ada yang telah menerima bayaran pada tahun 2025 boleh menyemak kelayakan mereka untuk tahun 2026 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Baca artikel dibawah untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap tentang cara menyemak Bantuan STR 2026.
APA ITU STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan tunai yang disalurkan terus kepada rakyat Malaysia. Untuk layak, penilaian dibuat berdasarkan pendapatan isi rumah, bilangan tanggungan, dan status perkahwinan pemohon.

Pembayaran STR disalurkan secara berperingkat iaitu 4 fasa sepanjang tahun. Jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori penerima, seperti isi rumah, warga emas, dan individu bujang.
“Adakah anda layak untuk bantuan SARA MyKasih? Ketahui cara menyemak status kelayakan. KLIK DISINI.”
KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Untuk menerima STR Fasa 4 2025, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan. Antara syarat utama adalah :
- Isi Rumah B40 : Pendapatan isi rumah RM2,500 sebulan atau kurang, dan mempunyai tanggungan yang layak.
- Isi Rumah M40 : Pendapatan isi rumah antara RM2,501 – RM5,000 sebulan, dengan tanggungan yang memenuhi syarat.
- Bujang : Individu bujang berpendapatan RM2,500 sebulan atau kurang, berumur 21 – 59 tahun.
- Warga Emas : Berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan RM5,000 sebulan atau kurang, dan tiada pasangan.
PANDUAN PENDAFTARAN AKAUN MYSTR 2026
Perhatian, jika anda ingin menerima semua faedah daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda perlu mendaftar semula akaun anda di laman MySTR, walaupun anda sudah mempunyai akaun sebelum ini.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar akaun MySTR :
- Pergi ke portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Anda akan lihat soalan keselamatan. Tekan ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan sahkan kata laluan tersebut.
- Tekan butang ‘Daftar Akaun’.
- Selesai
CARA SEMAKAN STATUS STR 2026
Untuk membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama STR 2025 akan dipaparkan.
- Klik butang [Tutup] untuk makluman terkini.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Ya] untuk sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Dashboar pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan status bayaran STR akan dipaparkan.
- Selesai.

KADAR BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026
Berikut ialah jumlah baki bayaran STR tahun 2026 :

Bantuan tunai STR untuk semua kategori isi rumah (berkahwin) telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Sebagai ganti pengurangan itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada RM1,200 setahun (RM100 sebulan) untuk semua isi rumah penerima STR.
- Isi Rumah pendapatan < RM2,500 (STR + SARA) :
- RM1,900 (tanpa anak)
- RM2,400 (1 – 2 anak)
- RM2,900 (3 – 4 anak)
- RM3,400 (5 anak ke atas)
- Isi Rumah pendapatan RM2,501 – RM5,000, jumlah bantuan tahunan (STR + SARA) ialah :
- RM1,400 (tanpa anak)
- RM1,650 (1 – 2 anak)
- RM1,900 (3 – 4 anak)
- RM2,150 (5 anak ke atas)
- Penerima dari kategori miskin/miskin tegar e-Kasih boleh layak dapat tambahan SARA sehingga RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000 akan mengekalkan kadar STR sebanyak RM600 dengan peningkatan SARA daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Individu bujang di bawah 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, sebaliknya menerima bantuan dalam bentuk kredit SARA sebanyak RM600 setahun.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi melalui portal rasmi STR dengan log masuk ke akaun anda dan memilih pilihan “Kemaskini Maklumat”.
Anda masih boleh memohon, tetapi disarankan untuk mendaftarkan akaun bank kerana pembayaran akan diproses dengan lebih cepat melalui bank, tanpa perlu hadir ke kaunter BSN.
Anda boleh menyemak status bantuan di portal MySTR di bantuantunai.hasil.gov.my dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda.
Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026. Akses lama boleh digunakan semula bermula 15 Oktober 2025.
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2026, anda boleh ikuti dan layari :
- Hubungi Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/