CHECK SYUKUR SABAH 2026 : FASA 1 STATUS KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

CHECK SYUKUR SABAH 2026 : FASA 1 STATUS KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

SYUKUR Sabah 2026 adalah program bantuan tunai bulanan atau berfasa kepada rakyat di negeri Sabah. Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat. Semakan status SYUKUR Sabah 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat ATAU PADANS Sabah (Pangkalan Data Utama Negeri Sabah).

Bagaimana cara check Syukur Sabah 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026 : FASA 1

TUJUAN UTAMA SYUKUR SABAH 2026

Objektif utama program ini termasuk:

  • Meringankan beban kewangan penerima khususnya untuk keperluan asas seperti makanan.
  • Menyokong golongan yang memerlukan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di Sabah.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah terhadap kebajikan rakyat.

PENAMBAHBAIKAN SYUKUR SABAH 2026

Salah satu penambahbaikan program ini ialah seperti berikut :

  • Menggunakan Garis Pendapatan Kemiskinan tahun 2024 berbanding sebelum ini Garis Pendapatan Kemiskinan tahun 2022.

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2026

Terdapat (2) cara yang melayakkan diri untuk menerima bantuan Syukur Sabah :

SYARAT UTAMA :

  1. Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
  4. Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
  5. Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
  6. KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala).

SYARAT TAMBAHAN :

  1. Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  2. Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.

CHECK SYUKUR SABAH 2026

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :

  • Portal PADANS Sabah;
  • Aplikasi YONO Superapp

Cara Semakan Status di Portal Rasmi PADANS :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  5. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  8. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  9. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Aplikasi YONO Superapp :

  1. Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian modul [Bantuan].
  7. Semak status kelayakan Bantuan SYUKRU Sabah anda.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

  • Talian Bantuan: 088 338 338
  • Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment