DAFTAR STR 2027 ONLINE : KELAYAKAN PENERIMA FASA 1

DAFTAR STR 2027 ONLINE : KELAYAKAN PENERIMA FASA 1

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2027 dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun iaitu dalam bulan Januari. Untuk layakkan diri terima bayaran Fasa 1, pemohon boleh mula daftar permohonan baharu bermula bulan ini.

Bagaimanakah cara daftar STR Fasa 1 2027 secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR ONLINE

CARA MOHON STR 2027

Terdapat dua (2) cara mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Permohonan Secara Online :
    1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
    3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
    4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
    5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
    6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
    8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
    9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
    10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
    11. Selesai.

Sekiranya anda mengalami masalah teknikal atau tidak boleh akses permohonan secara online di Portal Rasmi MySTR, anda boleh kemukakan permohonan seperti berikut :

  • Permohonan Secara Manual :
    1. Kunjungi Pejabat HASiL yang terdekat.
    2. Dapatkan borang permohonan di kaunter.
    3. Isi borang permohonan secara manual.
      • *Pastikan maklumat adalah tepat dan lengkap.
    4. Sertakan salinan dokumen sokongan yang diperlukan.
    5. Hantar borang permohonan di Pejabat HASiL sebelum tarikh tutup.
    6. Selesai.

DAFTAR STR 2027 ONLINE

Bagi pemohon yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara manual, pemohon perlu daftar akaun MySTR untuk semakan status kelulusan permohonan.

Ikuti cara daftar akaun secara online seperti berikut :

  1. Sila ke Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. Terus ke bahagian [LOG MASUK].
  4. ⁠Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
  5. Isi No Kad Pengenalan anda.
  6. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  7. Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
    • Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  8. ⁠Klik [Sahkan Akaun Saya].
  9. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
    • Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
      • *Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
        • Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  10. ⁠Tekan butang [Seterusnya].
  11. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  12. ⁠Kemudian, klik [Daftar Akaun].
  13. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  14. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  15. ⁠Selesai.

JADUAL BAYARAN STR 2027

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan dilaksanakan sekaligus, tetapi secara berfasa melalui empat (4) fasa seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari 2027
Fasa 2Mac 2027
Fasa 3Ogos 2027
Fasa 4November 2027
*Nota : Tarikh bayaran bagi setiap fasa akan dimaklumkan oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2027.

JUMLAH BAYARAN STR 2027

Setiap kategori akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah bermula RM200 hingga RM1,600 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40
(Tiada anak)
RM200
Isi Rumah B40
(1 – 2 anak)
RM600
Isi Rumah B40
(3 – 4 anak)
RM1,100
Isi Rumah B40
(>5 anak)
RM1,600
Isi Rumah M40
(Tiada anak)
RM200
Isi Rumah M40
(1 – 2 anak)
RM450
Isi Rumah M40
(3 – 4 anak)
RM700
Isi Rumah M40
(>5 anak)
RM950
Warga EmasRM600
Bujang–
*Nota : Jumlah bayaran untuk Fasa 1 2027 akan dikemaskini semula apabila diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2027.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan lanjut, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment