DAFTAR STR BUJANG 2027 : MOHON ONLINE

DAFTAR STR BUJANG 2027 : MOHON ONLINE

Terdahulu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari kategori Bujang direkodkan seramai 4.4 juta sahaja. Oleh itu, Kerajaan membuka permohonan baharu untuk lebih ramai kategori bujang berpeluang menerima bayaran bagi tahun 2027 pula.

Bagaimanakah cara daftar STR Bujang 2027 secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2027

Bukan semua bujang layak untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana ianya terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Had Umur :
    • OKU – 19 tahun dan ke atas.
    • Biasa – 21 hingga 59 Tahun.
    • Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
  • Status :
    • Bujang belum berkahwin; atau
    • Balu (kematian pasangan); atau
    • Bercerai (tiada tanggungan anak).
  • Pendapatan :
    • Biasa : Tidak melebihi RM2,500 sebulan.
    • Warga Emas : Tidak melebihi RM5,000 sebulan.

JUMLAH BAYARAN STR BUJANG 2027

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk kategori bujang akan dibahagikan mengikut umur seperti berikut :

  • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun terima bayaran sebanyak berikut :
JUMLAH STRSARA ASASSARA EKASIH
–RM600RM1,200
  • Bujang Umur 60 tahun ke atas akan terima bayaran sebanyak berikut :
JUMLAH STRSARA ASASSARA EKASIH
RM600RM600RM1,800

TARIKH DAFTAR STR 2027

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 boleh dikemukakan bermula tarikh berikut :

  • 📝 Permohonan secara manual di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dibuka bermula pada 1 Oktober 2026 (Khamis).
  • 💻 Permohonan secara online di Portal Rasmi MySTR dibuka bermula 15 Oktober 2026 (Khamis).

DAFTAR STR BUJANG 2027

Individu bujang yang berkelayakan boleh daftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online melalui portal rasmi seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
    • Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan.
    • Status Perkahwinan Anda : Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  8. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
    • Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  9. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  10. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  11. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  12. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  13. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  14. ⁠Selesai.

TALIAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment