KAD PERAK SEJAHTERA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Penerima bantuan yang berkelayakan akan menerima Kad Perak Sejahtera iaitu sejenis kad yang di dalamnya terdapat sejumlah wang bantuan bagi meringankan beban penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan mereka,pada tahun 2025 ini, penerima bantuan di bawah inisiatif ini akan menerima agihan bulanan sebanyak RM100 bermula Januari 2024. Namun demikian, pelaksanaan bagi manfaat kesihatan telah dimansuhkan bermula Januari 2024.
Bagaimanakah semakan kad Perak Sejahtera? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : MYBRAIN 2.0 SYARAT 2025 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN KAD PERAK PRIHATIN 2025
Semakan kelayakan bantuan Perak Sejahtera boleh dilakukan seperti berikut :
| LAMAN RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA | https://member.perakprihatin.com/site/login |
CARA PENGAKTIFAN BANTUAN PERAK PRIHATIN 2025
Kaedah pengaktifan dan cara guna kad boleh dilakukan melalui (1) cara seperti berikut :
- Laman web pengaktifan kad perak prihatin :
CARA KEGUNAAN KAD PERAK PRIHATIN 2025
Bagi anda yang layak menerima bantuan ini dan telah mengaktifkan Kad Perak Sejahtera, anda boleh menggunakan kad tersebut dengan cara berikut:
- Pergi ke pasaraya atau kedai yang berdaftar seperti yang disenaraikan dalam dokumen di bawah.
- Pilih barangan keperluan asas yang diperlukan.
- Serahkan kad anda kepada juruwang di kaunter pembayaran(Pastikan anda menyemak baki sebelum melakukan pembelian)
- Juruwang akan merekodkan barangan keperluan yang diambil pelanggan(hanya barangan yang tersenarai sahaja akan diluluskan untuk pembelian menggunakan kad ini)
- Setelah itu juruwang akan memasukkan kad anda ke dalam terminal pembayaran.
- Masukkan nombor pin anda bagi melakukan pembayaran.(Jika baki tidak mencukupi anda boleh melakukan pembayaran menggunakan duit anda sendiri.)
SENARAI BARANG DILULUSKAN KAD SEJAHTERA PERAK 2025
Barangan yang diluluskan kerajaan Perak dibawah bantuan perak prihatin adalah seperti berikut :
- Beras.
- Mi dan bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan garam.
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak Masak.
- Daging, ayam, lembu, kambing dan ikan.
- Sabun kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin Pakai buang (Dewasa/Bayi).
- Produk tenusu (Susu segar, susu tepung, susu sejat, dan susu pekat manis).
- Barangan Persekolahan (Kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya).
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian, Tiada Had dari segi jenama barangan yang dipilih.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan atau maklumat tambahan berkenaan Kad Perak Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi:
- 1800 22 6600
- perakprihatin.com
- [email protected]