MYBRAIN 2.0 SYARAT 2025 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

MYBRAIN 2.0 SYARAT 2025 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

Kerajaan telah mengumumkan akan mengembalikan program MyBrain yang kini dikenali sebagai MyBrain 2.0, program MyBrain 2.0 memperuntukkan RM20 juta bagi setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun dalam bidang yang kompetitif, keputusan kerajaan memperkenalkan semula program MyBrain dapat membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bagaimanakah semakan mybrain 2.0? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : PERMOHONAN TVET 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR KEMASUKAN KKTM,MJII & IKM

SENARAI PENERIMA MYBRAIN 2.0 2025

Senarai penerima yang layak menerima mybrain 2.0 adalah seperti berikut :

  1. Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.
  2. Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
  3. Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

BIDANG PENGAJIAN MYBRAIN15 2.0 2025

Antara bidang yang dibuat melalui Program Mybrain adalah seperti berikut:

  • Keutamaan dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); dan
  • Sains Sosial dan Sastera Ikhtisas terpilih.

OBJEKTIF MYBRAIN 2.0

Sebab penumbuhan program Mybrain adalah seperti berikut:

  1. Membangunkan modal insan & pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
  2. Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup
  3. Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia

SYARAT KELAYAKAN MYBRAIN 2.0 2025

Kelayakan yang dibolehkan untuk memohon Mybrain 2.0 adalah seperti berikut :

  1. SYARAT UMUM
    • Pemohon mestilah:
      • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
      • Pensyarah IPTS terpilih seperti di Lampiran A.
    • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran pada tahun permohonan;
    • Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini;
    • Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti di Lampiran B bermula Semester 1, Sesi 2024/2025;
    • Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2025/2026;
    • Bidang pengajian di bawah penajaan Program MyBrain 2.0 adalah seperti di Lampiran C;
    • Pemohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran perlu memastikan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia;
    • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik seperti di Lampiran D; dan
    • Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan.
  2. SYARAT KHUSUS
    • IJAZAH SARJANA:
      • Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
      • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan minimum akademik seperti berikut:
    • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 / Kelas Dua Atas / setaraf pada pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda;
    • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK minimum 3.30 bagi keputusan semester terkini sekiranya pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) dengan minimum baki tempoh pengajian yang ditetapkan;

CARA MEMOHON MYBRAIN 2.0 2025

Kaedah permohonan mybrain boleh disemak seperti berikut :

  1. Permohonan: Hantar borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tamat iklan permohonan.
  2. Temu Duga & Ujian Psikometrik:Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.
  3. Penawaran:Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:
https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/index.php

RUJUKAN

Untuk mendapatkan update terkini tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Leave a Comment