LAPTOP PERCUMA YAYASAN SARAWAK : 2025 PERMOHONAN ONLINE
Yayasan Sarawak dengan gembiranya mengumumkan pembukaan permohonan biasiswa bagi sesi 2025 khusus untuk warga Sarawak. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan laptop percuma dan baucar buku bagi membantu pelajar dalam mengejar kejayaan akademik.
Bagaimanakah dapat laptop percuma yayasan sarawak? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025
TARIKH PERMOHONAN LAPTOP YAYASAN SARAWAK 2025
Untuk makluman, tarikh permohonan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak ini adalah seperti berikut :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Laptop Percuma Yayasan Sarawak | 23 Mac hingga 30 April 2025 |
FUNGSI LAPTOP PERCUMA SARAWAK 2025
Perlu ditekankan bahawa pembantu pendidikan seperti inisiatif Yayasan Sarawak memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada pelajar yang memerlukan untuk mengakses bahan pendidikan dan teknologi terkini. Inisiatif seperti ini penting dalam memastikan tiada pelajar yang tertinggal dalam mencapai kecemerlangan akademik atas sebab kewangan. Semoga dengan kaedah ini, lebih banyak generasi muda di Sarawak dapat berjaya dalam bidang masing-masing.
SYARAT MEMOHON LAPTOP PERCUMA 2025
Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak)
- Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
- Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.
KAEDAH PERMOHONAN LAPTOP SARAWAK PERCUMA 2025
Cara yang boleh dilakukan bagi memohon laptop percuma Sarawak adalah seperti berikut :
- Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
- Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
- Isikan butiran anda pada borang permohonan
- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
- Hantar Surat Pengesahan anda
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
- Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
- Sekiranya permohonan anda diluluskan, sila muat turun aplikasi My-Yayasan Web Portal.
RUJUKAN
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web :
- https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau Facebook rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation