SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025

SEMAKAN SYUKUR SABAH 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR kembali lagi pada tahun 2025 ini untuk membantu dalam meringankan beban rakyat Sabah. Berikut merupakan jadual tarih bayaran bagi fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4.

Bagaimanakan semakan syukur sabah? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA SEMAK MYKASIH 2025 ONLINE

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat layak untuk memohon bantuan SYUKUR seperti dibawah :

  • > 18 tahun sebelum 31 Disember 2024
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan (berstatus H)
  • Beralamat dan bermastatutin di negeri sabah > 1 tahun.
  • Ketua isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dalam data ekasih setakat 31 Disember 2024.

CARA SEMAK SYUKUR 2025

Anda boleh melakukan semakan status kelayakan program bantuan SYUKUR 2025 ini dengan mengikuti enam langkah mudah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Online : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR.
  5. Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  6. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.

*NOTA: Anda juga boleh melakukan semakan dengan mudah menggunakan aplikasi YONO

TARIKH AGIHAN BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Rujuk jadual bayaran yang disediakan di bawah untuk mengetahui anggaran bulan pembayaran bantuan ini dilakukan:

FASATARIKH AGIHAN
Fasa 1
(JAN-MAC 2025)
Pembayaran bermula
19 februari 2025 (rabu)
Fasa 2
(APRIL-JUN 2025)
Pembayaran bermula
April 2025
Fasa 3
(JUL-SEPT 2025)
Pembayaran bermula
Sept 2025
Fasa 4
(OKT-DIS 2025
Pembayaran bermula
Okt 2025

CARA PEMBAYARAN SYUKUR 2025

Pembayaran syukur diagihkan melalui 3 cara iaitu seperti berikut :

  • Disalurkan ke akaun bank; atau
  • Secara tunai; atau
  • Dikreditkan dalam e wallet YONO.

RUJUKAN

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang SYUKUR 2025 ini anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab di talian berikut:

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
    • Talian Telefon:088 338 338
    • Talian Whatsapp :010 – 5828207

Leave a Comment