LOGIN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS

LOGIN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS

Inisiatif pengkreditan Bantuan MyKasih Dalam MyKad (Kad Pengenalan) diperluaskan daripada 700,000 ribu penerima kepada mencecah seramai 5.4 juta penerima bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

Bagaimanakah Login mykasih 2025? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : FASA 2 STR : 2025 SEMAKAN STATUS

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Pemberian Bantuan MyKasih Dalam MyKad terbahagi kepada dua (2) kelayakan seperti berikut :

  1. SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  2. SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN STATUS SARA 2025

Ikuti panduan semakan status Bantuan MyKasih Dalam MyKad seperti berikut :

  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Panduan semakan status di portal rasmi STR :
  1. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  3. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  12. Selesai.
  • Panduan Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Setiap penerima akan menerima kadar yang berbeza seperti berikut :

KELAYAKAN STATUS PENERIMAKADAR KREDIT MYKASIH
DALAM MYKAD
SARA e-KasihIsi Rumah : RM2,100 setahun
Warga Emas : RM1,650 setahun
Bujang : RM600 setahun
SARA Bukan e-KasihIsi Rumah : RM900 setahun
Warga Emas : RM450 setahun

*Bagaimanapun, kadar di atas bukanlah dikreditkan sekaligus. Namun, ianya akan dikreditkan secara ansur setiap bulan.

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

Antara kegunaan MyKasih Dalam MyKad adalah khas untuk pembelian barangan di bawah ssecara tanpa tunai :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Penggunaan Bantuan MyKasih Dalam MyKad adalah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk :Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment