MYSARA SEMAKAN 2026 : BANTUAN SARA MYKASIH

MYSARA SEMAKAN 2026 : BANTUAN SARA MYKASIH

Program SARA 2026 diteruskan bagi membantu penerima yang layak membeli barangan asas menggunakan MyKad di kedai panel MyKasih. Bantuan ini disalurkan tanpa tunai yang dikreditkan secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan isi rumah. Semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian, manakala penggunaan bantuan hanya sah untuk barangan tertentu yang diluluskan kerajaan.

Bagaimanakah semakan MySARA 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : TEBUS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : CARA CLAIM & TARIKH BAYARAN

APA ITU MYSARA 2026

SARA adalah bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara. Program ini sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah oleh Kementerian Kewangan Malaysia, bertujuan membantu golongan B40 dan penerima golongan miskin tegar.

KATEGORI MYSARA SEMAKAN 2026

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

TARIKH MYSARA 2026

Tarikh pembayaran SARA 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, bayaran bantuan ini akan dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang berdaftar.

Untuk makluman terkini, kami akan mengemas kini sebarang perubahan dari masa ke semasa, termasuk tarikh pembayaran dan fasa-fasa bayaran.

SYARAT LAYAK MYSARA 2026

Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

CARA MOHON MYSARA 2026

Panduan lengkap cara mohon bantuan STR 2026 untuk menerima bantuan SARA adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  16. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  17. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  18. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  19. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  20. Muat naik dokumen Sokongan.
  21. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  22. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  23. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  24. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  25. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  26. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  27. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  28. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  29. ⁠Selesai.

MYSARA SEMAKAN 2026

Semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 masih belum dibuka, penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
  2. Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA

Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?

Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.

Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.

Di mana saya boleh guna SARA?

SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini

Berapakah amaun SARA yang diterima?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment