PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah pun di berikan tarikh yang rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dibawah ucapan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam teks ucapan Belanjawan Kewangan tahun 2026.

Bagaimanakah pembayaran str fasa 4? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4

Amaun bantuan yang akan diterima dalam Fasa 4 ini bergantung pada kategori dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah perinciannya :

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • Tiada anak : RM200
    • 1-2 anak : RM350
    • 3-4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM150
  • Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan) yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM150

KAEDAH SEMAK STATUS STR FASA 4

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

WAKTU MASUK BANTUAN STR FASA 4

Lazimnya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu-waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Namun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan penerima perlu menyemak secara berkala.

CARA BAYARAN STR FASA 4

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  • Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

TARIKH RASMI MASUK STR FASA 4

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah 18 Oktober 2025. Tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

Berikut adalah soalan lazim yang selalu ditanya tentang STR :

  1. Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
    • Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
  3. Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
    • Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
  5. Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
  6. Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
    • Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

  • LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  • Talian Hotline:1-800-88-2747
  • Laman Web Rasmi:https://bantuantunai.hasil.gov.my


Leave a Comment