SEMAKAN STATUS ONLINE PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) SESI KEMASUKAN 2026
PKSK ialah sistem ujian penilaian bersepadu yang menilai bakal pelajar yang ingin memasuki sekolah khusus di Malaysia. Ia adalah syarat kelayakan utama.
Pentaksiran ini diperlukan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Tingkatan 4 di SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD), serta Tahun 1 di Kolej Vokasional (KV).
Ujian ini menilai aspek pelajar seperti kecerdasan emosi, spiritual dan sosial, kecerdasan intelek seperti IQ, pengetahuan am, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kebolehan menulis.

Pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang memohon ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus wajib menduduki PKSK. Ia adalah satu-satunya ujian rasmi untuk kemasukan ke sekolah khusus di Malaysia.
Format PKSK terbahagi kepada tiga bahagian utama :
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (20%)
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (70%)
- Bahagian C : Penulisan (10%)
Ujian ini dijalankan secara atas talian di pusat yang ditetapkan oleh KPM dalam tempoh tertentu, bergantung pada sesi kemasukan. Keputusan boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi.
Baca Juga : PANDUAN LENGKAP CARA SCAN BARANG YANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH
TARIKH PENTING PKSK SESI 2026/2027
PKSK akan dijalankan mengikut tarikh berikut :
- Permohonan PKSK 2026 Tahun 6 dan Tingkatan 3 : 01 Ogos – 07 September 2025
- Semakan Pusat Ujian PKSK : 12 Sept – 17 Oktober 2025
- Pelaksanaan PKSK 2026 Tingkatan 1 : 06 Oktober – 17 Oktober 2025
- Pelaksanaan PKSK 2026 Tingkatan 4 : 22 September – 03 Oktober 2025
- Semakan Keputusan PKSK 2026 Kemasukan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 : 26 Dis 2025
- Pendaftaran Tingkatan 1 & Tingkatan 4 sesi 2026/2027 : 31 Januari 2026
SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1 & 4
Berikut ialah tarikh semakan pusat pentaksiran bagi tahun 2025 :
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 12 September hingga 17 Oktober 2025
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 12 September hingga 3 Oktober 2025
Semakan boleh dibuat melalui URL berikut :
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
TARIKH MENDUDUKI PKSK
Tarikh ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2025 bagi sesi 2026/2027 ialah :
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 6 Oktober hingga 17 Oktober 2025
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 : 23 September hingga 3 Oktober 2025

Jadual terkini tarikh baharu PKSK diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PANDUAN PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PKSK
Calon PKSK perlu menyediakan :
- Kad Pengenalan
- Slip Pendaftaran Ujian
- Borang Deklarasi Kesihatan
- Alat tulis
Semua calon juga perlu memakai pakaian seragam sekolah dan mematuhi SOP sepanjang ujian. Calon dinasihatkan untuk datang awal mengikut jadual.


FORMAT UJIAN PENILAIAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS PKSK SESI 2026/2027
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah
- Mengenal pasti karakter murid
- Merangkumi EQ, SQ, SSQ
- 30 soalan objektif
- Tiada jawapan betul / salah
- Skor markah 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek
- Mengukur tahap kognitif pelajar
- Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah
- Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & kuantitatif
- 10 soalan Bahasa Inggeris menguji tahap penguasaan & kefahaman
- Tempoh ujian 90 minit
- 70 soalan objektif
- Betul 1 markah, Salah 0 markah
- Skor markah 70%
- Bahagian C : Penulisan
- Menilai idea dan pendapat pelajar melalui karangan
- 3 tajuk karangan, pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu
- 100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4
- Tempoh masa 45 minit
- Skor markah 10%

SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS PKSK
Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus sesi 2026/2027 untuk murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM biasanya diumumkan pada akhir tahun. Contohnya, tahun lepas diumumkan pada 26 Disember 2025.
Sila semak melalui pautan rasmi KPM :
- Pautan semakan PKSK Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my
- Pautan semakan PKSK Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my
INFO DAN MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK, pusat ujian, dan lain-lain, sila rujuk info terkini di :
- Laman web rasmi KPM https://www.moe.gov.my/
Hubungi KPM di talian berikut :
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
- Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
- Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN PKSK SESI 2026/2027
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ialah sistem ujian berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai kelayakan pelajar ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV dan MTD.
Semua pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus wajib menduduki PKSK.
Semakan pusat ujian dan tarikh PKSK boleh dibuat mulai 12.00 tengah hari, 12 September 2025 (Jumaat).
Pertukaran lokasi dan tarikh tidak dibenarkan.