SEMAKAN STATUS BUDI95 : BANTUAN SUBSIDI PETROL RON95
Berita gembira buat rakyat! Harga petrol RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter melalui pelaksanaan subsidi bersasar bawah inisiatif Kerajaan MADANI. Subsidi Bersasar Petrol RON95 akan dilaksanakan di seluruh negara mulai 30 September 2025.
Bagaimanakah semakan status BUDI95? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN OKU RM500 SEBULAN : SEMAKAN KELAYAKAN & PERMOHONAN
APA ITU STATUS BUDI95
BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.
KATEGORI LAYAK STATUS BUDI95
Syarat layak menerima bantuan budi95 adalah seperti berikut :
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas;
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif;
- Tiada kira tahap pendapatan – semua layak;
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.
Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
HARGA RON96 TANPA BUDI95
Bagi golongan tidak layak (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
TARIKH PELAKSANAAN BUDI95
Berikut adalah tarikh penerima mengunakan bantuan Budi95 :
- Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
CARA TEBUS BUDI95
Kaedah untuk menebus bantuan Budi95 adalah seperti berikut :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
CARA SEMAK STATUS BUDI95
Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
- Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang “Semak Kelayakan’.
- Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
SOALAN RASMI (FAQ) STATUS BUDI95
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Bila BUDI Madani RON95 akan bermula?
- Subsidi petrol RON95 boleh digunakan secara rasmi pada 30 September 2025. Namun, untuk penerima STR, dan Warga Polis/Tentera boleh menggunakanya beberapa hari lebih awal.
- Berapa harga petrol RON95 selepas subsidi?
- Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
- Bagaimana semakan status kelayakan?
- Semakan status kelayakan boleh di buat di Portal Rasmi Budi atau Aplikasi Digital (Aplikasi Syarikat Minyak) dan menggunakan MyKad di Stesen Minyak.
- Apakah had liter maksimum yang dibenarkan?
- Setiap rakyat yang layak boleh menikmati subsidi sehingga 300 liter sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan akan diberikan melalui permohonan.
- Adakah pemandu e-hailing ada kelebihan kuota?
- Ya, terdapat pengecualian untuk pemandu e-hailing yang mungkin memerlukan kuota tambahan melalui permohonan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/