PERMOHONAN MYSTR 2027 ONLINE : KELAYAKAN FASA 1
Portal Rasmi MySTR untuk permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 kini dibuka untuk pemohon baharu membuat permohonan secara dalam talian (online).
Bagaimanakah permohonan mystr 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: REGISTER STR 2027 ONLINE : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR
PORTAL PERMOHONAN MYSTR 2027
Portal permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara online kini dibuka, dan pemohon boleh akses Portal Rasmi STR seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Catatan : Permohonan STR 2027 online dibuka sepanjang tahun mulai 15 Oktober 2026.
PERMOHONAN MYSTR 2027 ONLINE
Panduan lengkap cara permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara online di Portal Rasmi MySTR :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2027
Syarat dan Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas (Tiada Pasangan)
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak)
- Berumur 21 sehingga 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
AMAUN KELAYAKAN MYSTR 2027
Pemohon yang lulus permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | KADAR SETAHUN | FASA 1,2,3,4 |
|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 1 hingga 2 Anak | RM600 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 3 hingga 4 Anak | RM1,100 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 5 Anak Ke Atas | RM1,600 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | KADAR SETAHUN | FASA 1,2,3,4 |
|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 1 hingga 2 Anak | RM450 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 3 hingga 4 Anak | RM700 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
| 5 Anak Ke Atas | RM950 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR SETAHUN | FASA 1,2,3,4 |
|---|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 tahun ke atas) | RM600 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
- Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | BANTUAN SARA | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Bujang Berusia 21 sehingga 59 tahun | RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM600 |
SUMBER RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem