PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : CARA MOHON ONLINE
Terkini! Ramai masih keliru mengenai pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) KATEGORI BUJANG, di mana bantuan ini masih diteruskan, dan hanya mempunyai perubahan dari segi pelaksanaan bayaran.
Bagaimanakah cara permohonan str bujang 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN STR BARU : 2027 ONLINE
PENGENALAN STR BUJANG
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) KATEGOR BUJANG diteruskan untuk tahun 2027, dengan pelaksanaan bayaran melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana setiap penerima sedia atau pemohon baharu tidak lagi menerima pembayaran tunai melalui pengkreditan ke akaun bank.
Sebaliknya, penerima sedia ada atau pemohon baharu akan menerima pembayaran melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan akan disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.
| KAEDAH BAYARAN | MANFAAT/KEGUNAAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | Boleh digunakan untuk penebus/perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA, di kedai atau pasar raya berdaftar |
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG
Syarat dan kelayakan PERMOHONAN STR BUJANG 2027, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); dan
- Berumur 21 sehingga 59 tahun; atau
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
- Pendapatan bulanan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Info penting :
Setiap individu Bujang yang lulus permohonan STR akan menerima bayaran yang digantikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
KADAR BAYARAN STR BUJANG
Individu yang merupakan penerima STR BUJANG akan menerima pembayaran melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bujang (Miskin/ Miskin Tegar eKasih) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA |
| Bujang (Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA |
PERMOHONAN STR BUJANG
Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan bantuan, boleh membuat PERMOHONAN STR BUJANG secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
Info Penting : Hanya individu bujang yang LULUS permohonan STR sahaja akan menerima elaun bulanan SARA
BORANG PERMOHONAN STR BUJANG
Berikut merupakan borang permohonan STR 2027 (Borang BK-01) yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) di bawah ini :
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem