REGISTER eKASIH 2026 – DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Pendaftaran eKasih untuk tahun 2026 telah dibuka. Program ini membantu mereka yang memerlukan bantuan kerajaan seperti STR dan SARA. eKasih bertindak sebagai sistem bank data kemiskinin nasional untuk keluarga berpendapatan rendah supaya bantuan dapat disalurkan kepada yang layak.

Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih, cara memohon bantuan ekasih dan info-info berkaitan eKasih, teruskan membaca.
“Semak status bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA DISINI.”
APA ITU eKASIH?
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh :
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
KELEBIHAN BERDAFTAR DALAM eKASIH
Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih
Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.
Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya :
- Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA STR)
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai langsung yang diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2025.

- I-Suri / i-Saraan KWSP (Insentif RM300 setahun)
- Surirumah berdaftar dengan e-Kasih layak memohon skim i-Suri KWSP melalui laman web rasmi kwsp.gov.my.

- Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) – Bantuan RM300 Sebulan
- Sentuhan Kasih Rakyat SYUKUR Sabah adalah bantuan bulanan RM300 yang disediakan kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin berdaftar dalam e-Kasih, serta ahli keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
- Bantuan JKM
- Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan melalui eKasih.
CARA SEMAK KELAYAKAN eKASIH 2026
Anda boleh membuat semakan di portal e-Kasih untuk melihat status terkini, sama ada anda termasuk dalam kategori miskin atau tidak dengan :
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
- Pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan yang betul tanpa (-).
- Masukkan Kaptcha yang betul.
- Klik pada butang “Klik Untuk Carian”.

CONTOH 1 : LAYAK TERIMA BANTUAN

CONTOH 2 : TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN

PANDUAN REGISTER eKASIH 2026
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :
- Telefon
- Surat
- e-mel rasmi
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
MAKLUMAT & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu :
- Butiran KIR dan AIR
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
PROSES PERMOHONAN eKASIH
Berikut ialah aliran proses pendaftaran eKasih : (rujuk gambar rajah)

CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026
Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut : https://ekasih2.icu.gov.my
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2026, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan https://ekasih2.icu.gov.my
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
Emel : [email protected]
Waktu Operasi Perkhidmatan MyGCC
Saluran Panggilan : 7.30 pagi – 9.00 malam, 7 hari/minggu
Saluran Bukan Panggilan : 24 jam, 7 hari/minggu
SOALAN LAZIM (FAQ)
eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali.
Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.
Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.
Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempatkediaman di mana mereka tinggal.
Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.