SEMAK HARGA TOL : KADAR TOL PLUS TERKINI

SEMAK HARGA TOL : KADAR TOL PLUS TERKINI

Seiring dengan perkembangan infrastruktur dan keperluan semasa, kadar tol PLUS 2025 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sering menjadi perhatian pengguna jalan raya. Bagi tahun 2025, kadar tol PLUS dijangka mencerminkan usaha kerajaan dan syarikat konsesi untuk menyeimbangkan kos penyelenggaraan lebuh raya, pembangunan infrastruktur baharu, serta memberikan nilai tambah kepada pengguna

Berapakah kadar harga tol? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN STR RAYUAN (2025 BANTUAN)

KENAPA PENTING TAHU KADAR TOL

Setiap tahun, jutaan pengguna bergantung kepada lebuhraya PLUS untuk perjalanan jarak jauh atau perjalanan harian ke tempat kerja. Dengan mengetahui kadar tol semasa, pengguna boleh:

  • Merancang bajet perjalanan – Mengira jumlah tol yang perlu dibayar sebelum memulakan perjalanan.
  • Mengelakkan kejutan kos – Tiada insiden kekurangan baki kad Touch ‘n Go.
  • Memilih laluan terbaik – Bandingkan kos perjalanan dengan jalan alternatif.
  • Mengelakkan kesesakan – Mengetahui plaza tol yang sering sesak dan mencari jalan lain.

SEMAK KIRAAN HARGA TOL 2025

Pengguna jalan raya diberi inisiatif untuk menyemak kadar tol di lebuhraya bagi memudahkan urusan perjalanan. Harga tol terkini boleh disemak di PLUS dengan cara kiraannya seperti berikut:

  1. Layari pautan PLUS di https://www.plus.com.my/.
  2. Kemudian, pengguna perlu scroll ke bawah sehingga menjumpai ‘Toll Fare Calculator’.
  3. Pilih lebuhraya yang ingin digunakan.
  4. Seterusnya, pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Kadar tol akan ditunjukkan mengikut kategori kenderaan.
  6. Perhatikan jenis kenderaan yang digunakan dengan betul serta kadar bayarannya.
  7. Selesai.

SEMAK KADAR TOL 2025

Bayaran tol ini juga boleh disemak melalui laman web khas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) seperti di bawah:

  1. Layari laman web LLM https://www.llm.gov.my/.
  2. Cari [Kalkulator Tol] untuk kira kadar tol lebuhraya.
  3. Kemudian, pilih Lebuhraya PLUS.
  4. Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
  5. Paparan perjalanan Lebuhraya PLUS akan keluar dengan kelas kenderaan dan kadar bayarannya.
  6. Selesai.

SENARAI PLAZA TOL UTAMA MENGIKUT LALUAN

Berikut adalah beberapa plaza tol utama yang terdapat di Lebuhraya PLUS:

  • Arah Utara:Bukit Kayu Hitam, Alor Setar, Gurun, Sungai Petani.
  • Arah Tengah:Sungai Buloh, Rawang, Nilai, Seremban.
  • Arah Selatan:Melaka, Yong Peng, Skudai.

RUJUKAN

Maklumat tentang tol lebuhraya PLUS ini telah dirujuk daripada laman web khas PLUS. Sebarang maklumat lanjut berkenaan tol atau keadaan lebuhraya, boleh rujuk di:

Leave a Comment