SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN 2026

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN 2026

Bantuan Kasih Johor adalah salah satu bantuan yang ada untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dan juga antara cara yang terbaik dalam membantu dari segi kewangan.

Bagaimanakah cara semak kelayakan bantuan Kasih Johor? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN JOHOR RM200 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU BANTUAN KASIH JOHOR

Bantuan Kasih Johor 2026 ialah inisiatif kebajikan utama Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 yang memperuntukkan RM216.87 juta.

Program inklusif ini merangkumi 24 inisiatif yang menyasarkan seramai 585,054 rakyat daripada pelbagai latar belakang tanpa ada yang terkecuali. Antara objektif bantuan ini ialah :

  • Menyalurkan hasil negeri kepada rakyat
  • Mengurangkan beban kos sara hidup
  • Menyokong golongan berpendapatan rendah
  • Memastikan kesejahteraan rakyat Johor terus terpelihara

CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR

Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
  4. Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
  5. ⁠Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  6. “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
  7. Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
  8. Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
  9. ⁠Selesai.

SYARAT LAYAK BANTUAN KASIH JOHOR

Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
  • Bermastautin di Johor;
  • Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
    • Pemandu e-Hailing;
    • p-Hailing;
    • Pemandu Kereta Sewa/Teksi.
  • Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN JOHOR

  • Adakah bantuan ini hanya untuk rakyat Johor?
    • Bantuan Kasih Johor 2026 adalah khusus untuk rakyat atau individu yang berdaftar dan menetap di Negeri Johor mengikut kategori yang ditetapkan.
  • Adakah Bantuan Kasih Johor 2026 diberi secara tunai?
    • Bentuk bantuan bergantung kepada kategori. Sebahagiannya adalah bantuan tunai one-off manakala sebahagian lagi berbentuk bantuan kebajikan bersasar.
  • Bagaimana cara mengetahui status kelayakan BKJ 2026?
    • Status kelayakan boleh diketahui melalui:
      • Portal rasmi yang diumumkan
      • Agensi berkaitan
      • Pengumuman rasmi Kerajaan Negeri Johor
  • Adakah Bantuan Kasih Johor 2026 akan diteruskan pada tahun berikutnya?
    • Pelaksanaan pada tahun berikutnya bergantung kepada pengumuman rasmi dan peruntukan Belanjawan Negeri Johor pada masa akan datang.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment