SEMAKAN PLKN 2025 : SECARA ONLINE
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti, program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.
Bagaimanakah semakan PLKN? Ikuti info lanjut sehingg akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN 2025 : CARA SEMAK ONLINE
OBJEKTIF PLKN 2025
- Merancang dan mengelola Program Latihan Khidmat Negara (PLKN);
- Memastikan pelaksanaan Program PLKN berjalan dengan lancar;
- Mengawasi dan mengevaluasi kinerja Program PLKN; dan
- Menyediakan informasi dan sokongan kepada para peserta PLKN.
FASA LATIHAN PLKN
Berikut adalah individu yang akan terlibat dalam PLKN 3.0 mengikut fasa-fasa pelaksanaan tertentu:
- Fasa Latihan Pra PLKN
- Bagi fasa pra PLKN, kata ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.
- Fasa Latihan Asas PLKN
- Bagi fasa latihan asas PLKN ia melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
- Fasa Peringkat Latihan Lanjutan
- Fasa peringkat latihan lanjutan sedang dibincang sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
TARIKH DAN TEMPAT PLKN 2025
Berikut merupakan tarikh dan penempatan latihan PLKN bagi tahun 2025 :
- Sesi 1 :
- Tarikh : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.
- Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
- Tarikh : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.
- Sesi 2 :
- Tarikh : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025.
- Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
- Tarikh : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025.
- Sesi 3:
- Tarikh : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025.
- Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
- Tarikh : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
- Laman Web Rasmi https://mod.gov.my/ms/
- Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian berikut (waktu pejabat) : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538