SEMAKAN SARA 2026 ONE OFF : STATUS BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

SEMAKAN SARA 2026 ONE OFF : STATUS BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

Pemberian khas ini dikenali sebagai Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan mula dikreditkan pada 9 Februari 2026 , iaitu menjelang Ramadan dan musim perayaan utama. Tidak seperti bantuan bersasar lain, SARA one-off Februari ini diberikan kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira status pendapatan.

Bagaimana Cara semakan SARA 2026 One Off? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : MYKASIH 2026 ONE-OFF : SEMAKAN

PENGENALAN SARA 2026 ONE OFF

Bantuan SARA ONE-OFF ialah inisiatif Kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat Malaysia sebanyak RM100 secara sekali pelaksanaan bayaran (ONE-OFF) bagi meringankan kos sara hidup yang dihadapi.

SARA ONE-OFF diteruskan lagi pada tahun 2026, untuk membantu rakyat Malaysia dalam membuat persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.

Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Nama Program : SARA untuk semua (SARA ONE-OFF)
  • Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas)
  • Jumlah Bantuan : RM100 ONE-OFF (Sekali Bayaran)
  • Cara Pelaksanaan : Bantuan dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima
  • Tarikh Pelaksanaan SARA ONE-OFF : 9 Februari 2026

SYARAT LAYAK SARA ONE OFF 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :

  • Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
  • Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

CARA AGIHAN SARA ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah berikut :

Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima.

SEMAKAN SARA 2026 ONE OFF

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :

SOALAN LAZIM (FAQ) ONE OFF SARA

Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?

Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.

Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?

Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.

Jika MyKad rosak atau hilang?

Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.

Adakah warga emas turut layak?

Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment