SENARAI BARANG MYKASIH TERBARU – SEMAK SEKARANG
Penerima yang layak MyKasih boleh menebus barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA bagi menyokong perbelanjaan dan keperluan bulanan. Senarai barangan lulus Mykasih juga perlulah disemak agar tidak menimbulkan kekeliruan dan juga mudah untuk membeli keperluan harian.
Apakah senarai barang mykasih terbaru? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 – SEMAK KELAYAKAN MYKASIH
SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH TERBARU
Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :
- Beras :
- Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :
- Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :
- Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :
- Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :
- Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :
- Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :
- Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :
- Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :
- Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :
- Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan :
- Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan :
- Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan :
- Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025
BARANG TAK BOLEH GUNA MYKASIH TERBARU
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, berikut adalah senarai barangan yang tidak boleh dibeli menggunakan bantuan SARA :
- Rokok, vape, dan produk tembakau.
- Minuman beralkohol (arak, wain, bir)
- Loteri, nombor ramalan & perjudian
- Makanan segera restoran francais (contoh: Kfc, Mcd, Pizza Hut)
- Gajet & elektronik (telefon, TV, komputer)
- Pakaian & aksesori berjenama mewah
- Kosmetik & produk kecantikan premium
- Perabot & barang rumah mewah
- Mainan & barang bukan asas
CARA GUNA MYKASIH TERBARU DIKEDAI
Proses untuk menggunakan bantuan SARA di kedai adalah seperti berikut :
- Pilih barangan keperluan asas yang dilabelkan dengan tanda SARA/MyKasih.
- Serahkan MyKad anda kepada juruwang.
- Masukkan nombor PIN MyKad anda yang terdiri daripada 6 digit.
- Jumlah transaksi akan dipotong daripada kredit bantuan SARA yang ada dalam MyKad anda.
- Simpan resit pembayaran sebagai rujukan untuk menyemak baki kredit anda.
SOALAN LAZIM (FAQ) BARANG MYKASIH
Adakah semua pasar raya dan kedai runcit menerima pembayaran melalui MyKasih SARA?
Tidak. Hanya kedai-kedai terpilih yang telah berdaftar dengan program SARA MyKasih sahaja yang menerima pembayaran melalui kaedah ini. Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh didapati di portal rasmi SARA.
Bolehkah saya membeli barangan selain daripada 14 kategori yang telah ditetapkan?
Tidak. Sistem pembayaran hanya akan membenarkan pembelian barangan yang termasuk dalam kategori asas yang telah ditetapkan sahaja. Ini bagi memastikan bantuan disalurkan untuk tujuan yang betul.
Apa yang akan berlaku jika baki kredit SARA saya tidak digunakan sepenuhnya?
Baki kredit yang tidak digunakan akan luput selepas 31 Disember 2025.
Bolehkah saya menggunakan bantuan SARA untuk membayar bil utiliti seperti elektrik dan air?
Tidak. Bantuan SARA ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk membayar bil utiliti.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]