STR 2027 : PERMOHONAN BARU ONLINE

STR 2027 : PERMOHONAN BARU ONLINE

Jika permohonan diluluskan, seramai lebih 9 juta rakyat Malaysia akan menikmati manfaat bayaran bantuan tunai iaitu ‘Sumbangan Tunai Rahmah’ berjumlah sehingga RM4,600 setahun. Untuk lulus, pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan kemukakan permohonan dengan betul.

Bagaimanakah cara permohonan baru STR 2027? Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat bantuan dan panduan cara mohon yang betul.

BACA JUGA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE 2026

AMAUN BARU BANTUAN STR 2027

Amaun bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 adalah berbeza dari tahun 2026 dan setiap penerima yang layak akan secara automatik terima tambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak berikut :

KATEGORI
&
KELAYAKAN
AMAUN STR
(RM)
AMAUN SARA
(+RM)
Isi Rumah B40
Tiada anak
2001,800
hingga
3,000
Isi Rumah B40
1 – 2 orang
anak
6001,800
hingga
3,000
Isi Rumah B40
3 – 4 orang
anak
1,1001,800
hingga
3,000
Isi Rumah B40
>5 orang
anak
1,6001,800
hingga
3,000
Isi Rumah M40
Tiada anak
2001,200
Isi Rumah M40
1 – 2 orang
anak
4501,200
Isi Rumah M40
3 – 4 orang
anak
7001,200
Isi Rumah M40
>5 orang
anak
9501,200
Bujang Umur
21 – 59 tahun
–600
hingga
1,200
Bujang Umur
60 tahun ke atas
600600
hingga
1,800

APA SYARAT LAYAK STR 2027?

Untuk melayakkan anda lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2027, pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan Isi Rumah :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Had Umur :
      • Tiada had umur.
    • Status Perkahwinan :
      • Berkahwin; atau
      • Balu / kematian pasangan; atau
      • Duda / Janda (bercerai).
    • Tanggungan :
      • Bagi yang berpasangan : ada atau tiada anak / anak berumur lebih 18 tahun atau telah bekerja (bukan tanggungan).
      • Bagi ibu tunggal / duda : ada anak yang masih di bawah tanggungan (berumur 18 tahun ke bawah atau 21 tahun masih belajar di IPTA / IPTS).
    • Had Pendapatan :
      • B40 : Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
      • M40 : Pendapatan bermula RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
  • Syarat Kelayakan Bujang :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Had Umur :
      • 21 hingga 59 tahun / 19 tahun ke atas bagi OKU.
      • 60 tahun dan ke atas (Warga Emas).
    • Status Perkahwinan :
      • Bujang (belum berkahwin); atau
      • Balu / kematian pasangan; atau
      • Duda / Janda (bercerai).
    • Tanggungan :
      • Tiada anak; atau
      • Anak berumur lebih 18 tahun atau telah bekerja (bukan di bawah tanggungan).
    • Had Pendapatan :
      • Pendapatan bujang 21 hingga 59 mestilah tidak lebih RM2,500 sebulan.
      • Pendapatan bujang Warga Emas mestilah tidak lebih RM5,000 sebulan.

*Nota Penting : Bagi bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS tidak boleh kemukakan permohonan STR bujang, tetapi di bawah tanggungan isi rumah.

PERMOHONAN BARU STR 2027 ONLINE

Portal Rasmi STR telah dibuka untuk permohonan baru dan kemaskini permohonan bagi penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2027.

Ikuti panduan cara mohon STR secara online :

  1. Buka Portal Rasmi STR / klik pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Pilih sama ada anda ingin meneruskan permohonan baharu tanpa menggunakan MyDigital ID atau guna MyDigital ID.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik [Semak].
    • Data maklumat seperti Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  5. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  6. Masukkan maklumat Waris anda dengan lengkap.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  8. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  9. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  10. Muat naik dokumen Sokongan.
    • ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  11. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  13. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  14. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

PERMOHONAN BARU STR 2027 MANUAL

Khas untuk pemohon yang tidak mempunyai akses internet atau terdapat masalah teknikal semasa permohonan online, pemohon boleh membuat permohonan secara manual seperti berikut :

  1. Hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat.
  2. Dapatkan Borang Permohonan STR 2027.
  3. Isi borang tersebut dengan lengkap.
    • Pastikan maklumat adalah betul dan terkini.
  4. Bawa salinan dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan terus ke kaunter.
  6. Selepas hantar borang, daftar akaun MySTR untuk semakan status.
  7. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN STR

Pemohon perlu sediakan dokumen sokongan yang berkaitan seperti berikut :

  • Salinan MyKad pemohon, MyKad / MyPR pasangan.
  • Berkahwin: Salinan sijil perkahwinan.
  • Bercerai: Salinan sijil perceraian.
  • Balu atau duda: Salinan sijil kematian pasangan.
  • Pemohon OKU berumur 19 hingga 20 tahun: Salinan kad Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Salinan sijil kelahiran anak.
  • Salinan MyKad atau MyKid anak.
  • Maklumat akaun bank pemohon, jika berkaitan dengan kaedah pembayaran.
  • Dokumen pengesahan pendapatan, jika diminta atau diperlukan.

SALURAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment