STR FASA 3 2026 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN
Program bantuan kewangan Kerajaan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 bakal memasuki Fasa 3 pembayaran dan akan mula disalurkan kepada penerima yang layak pada tarikh yang telah dijadualkan dengan jumlah diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
Bilakah tarikh masuk bayaran str fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 2027
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
JUMLAH STR FASA 3
Kadar kelayakan STR FASA 3 2026, adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Tarikh rasmi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, 2026 belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, pengkreditan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh rasmi pembayaran yang telah ditetapkan.
SEMAKAN STR FASA 3
Status kelayakan STR FASA 3 2026 boleh di semak secara online seperti panduan berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA PENYALURAN DUIT STR
Duit STR FASA 3 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026