STR FASA 3 BUJANG 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

STR FASA 3 BUJANG 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

STR (Sumbangan Tunai Rahmah) telah melalui dua fasa pembayaran pada Januari dan Mac 2025. Fasa ketiga adalah fasa penting kerana ia menandakan penghujung suku ketiga tahun dan bakal memberi kelegaan kepada ramai penerima selepas Aidiladha dan permulaan sesi persekolahan baharu.

Bagaimana Cara Semakan STR Bujang Fasa 3 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : STR FASA 3 BILA MASUK : SESI 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

APA ITU STR

STR adalah satu bentuk bantuan tunai bersasar yang diberikan kepada rakyat Malaysia mengikut kategori tertentu. Bantuan ini diperkenalkan untuk menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat akibat faktor seperti inflasi, kenaikan harga barang keperluan asas, dan cabaran ekonomi global. Rakyat sentiasa menantikan berita sumbangan tunai rahmah setiap tahun.

SEMAKAN STR FASA 3

Kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 perlu disemak melalui laman sesawang yang rasmi seperti berikut :

  1. Layari laman sesawang Bantuan Tunai Hasil di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama laman sesawang tersebut.
  3. Tekan butang [TUTUP] bagi info ‘Makluman Terkini’ yang dipaparkan.
  4. Seterusnya, masukkannombor kad pengenalanpemohon mengikut format yang betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
  5. Tekan pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
  6. Pengesahan nombor kad pengenalan pemohon akan dipaparkan, tekan butang [Semak].
  7. Kemudian, ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, tekan butang [Ya].
  9. Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang betul mengikut yang didaftarkan semasa permohonan.
  10. Sekali lagi tekan pada butang [Log Masuk] di bawah.
  11. ‘Profil Pemohon‘ akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan bahagian [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat kelayakan serta bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
  2. Kategori Warga Emas :
    • Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
  3. Kategori Bujang :
    • Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.

KAEDAH BAYARAN STR

Kaedah sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA AGIHAN
Penerima yang ada akaun bankPengkreditan ke dalam akaun
bank penerima/pasangan
mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima yang tiada akaun bankTuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Bayaran bagi 4 Fasa Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut :

  • FASA 1: 22 Januari 2025
  • FASA 2: 24 Mac 2025
  • FASA 3: Tarikh belum diumumkan, akan dikemaskini apabila diumumkan
  • FASA 4: Tarikh akan diumumkan kelak.

*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment