STR LOGIN 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS ONLINE
Kerajaan Malaysia terus komited membantu rakyat melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025. Program ini adalah kesinambungan bantuan tunai bersasar kepada isi rumah B40, M40, warga emas, dan bujang yang layak, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Bagaimanakah Login STR 2025? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH 900 : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA
APA ITU STR
STR 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak yang menepati syarat);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun atau Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan Bujang bawah RM2,500 sebulan.
LOGIN SEMAKAN STATUS STR
Kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil Fasa ke-3 perlu disemak melalui laman sesawang yang rasmi seperti berikut :
- Layari laman sesawang Bantuan Tunai Hasil di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Anda akan dipaparkan ke halaman utama laman sesawang tersebut.
- Tekan butang [TUTUP] bagi info ‘Makluman Terkini’ yang dipaparkan.
- Seterusnya, masukkannombor kad pengenalanpemohon mengikut format yang betul tanpa sengkang (-) contoh : 890230113456.
- Tekan pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Pengesahan nombor kad pengenalan pemohon akan dipaparkan, tekan butang [Semak].
- Kemudian, ‘Frasa Keselamatan Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, tekan butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan‘ yang betul mengikut yang didaftarkan semasa permohonan.
- Sekali lagi tekan pada butang [Log Masuk] di bawah.
- ‘Profil Pemohon‘ akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan tekan bahagian [Maklumat Bayaran].
- Maklumat kelayakan serta bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2025
Kaedah sumbangan yang disalurkan adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA AGIHAN BANTUAN |
|---|---|
| PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
| PENERIMA YANG ADA TIADA AKAUN BANK | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
TARIKH BAYARAN STR 2025
Bayaran bagi 4 Fasa Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut :
- FASA 1 : 22 Januari 2025
- FASA 2 : 24 Mac 2025
- FASA 3 : Tarikh belum diumumkan, akan dikemaskini apabila diumumkan
- FASA 4 : Tarikh akan diumumkan kelak.
*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Hasil, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan Tunai HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]