SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN, JUMLAH

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN, TARIKH BAYARAN, JUMLAH

Bantuan secara One Off bakal dirasa oleh seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), oleh itu penerima dinasihatkan supaya menyemak secara berkala status kelayakan bantuan.

Bagaimanakah Cara Semak Sumbangan asas Rahmah 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS

APA ITU SARA ONE OFF

Pemberian khas ini dikenali sebagai Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan mula dikreditkan pada 9 Februari 2026, iaitu menjelang Ramadan dan musim perayaan utama. Tidak seperti bantuan bersasar lain, SARA one-off Februari ini diberikan kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira status pendapatan.

MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Antara kelebihan penerima berkelayakan akan terima adalah seperti berikut :

  • Meringankan Beban Kewangan:Memberikan bantuan segera RM100 kepada semua dewasa untuk membeli barangan keperluan asas.
  • Akses Mudah via MyKad:Bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad, memudahkan penebusan tanpa memerlukan tunai.
  • Fleksibiliti Pembelian:Membolehkan pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan barang dapur lain.
  • Pilihan Pasar Raya Luas:Boleh digunakan di pasar raya utama termasuk Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, dan 99 Speedmart.
  • Bantuan Sasar:Sering disalurkan bersempena inisiatif kerajaan untuk golongan rentan dan merangsang ekonomi peruncit kecil.
  • Validiti Baki:Baki kredit yang tidak habis digunakan boleh dibelanjakan sehingga hujung tahun.

Catatan: SARA One-Off (SARA Untuk Semua) berbeza dengan SARA Bulanan/Berkala yang khusus untuk penerima STR miskin tegar/miskin.

SYARAT LAYAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :

  • Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
  • Berumur : Bermula 18 tahun dan ke atas
  • Kelayakan : Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

CARA AGIHAN SARA ONE OFF 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah berikut :

Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima.

CEK STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua (SARA ONE-OFF).
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).

BARANGAN SARA ONE OFF 2026

Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada lebih 14 kategori melibatkan puluhan ribu produk, berikut adalah senarai barang mykasih:

  • Beras, roti dan bijirin
  • Telur, minyak masak dan gula
  • Makanan bayi dan lampin pakai buang
  • Ubat asas dan barangan kesihatan
  • Sabun, pencuci dan barangan kebersihan
  • Alat tulis dan keperluan sekolah.

Pembelian boleh dibuat di lebih 4,000 kedai dan pasar raya seluruh negara termasuk Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit berdaftar.

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF

Berikut adalah soalan yang selalu diajukan oleh orang ramai :

  • Adakah bantuan ini dalam bentuk tunai?
    • Tidak. Bantuan diberikan dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan asas.
  • Bolehkah wang RM100 ini dikeluarkan?
    • Tidak boleh. Ia hanya boleh digunakan di kedai berdaftar MyKasih.
  • Jika MyKad rosak atau hilang?
    • Segera uruskan penggantian MyKad di JPN kerana bantuan menggunakan pengesahan kad pengenalan.
  • Adakah warga emas turut layak?
    • Ya. Selagi berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]


Leave a Comment