SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS

SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS

Program dibawah Kerajaan Negeri untuk rakyat Sabah yang diberi nama program sentuhan kasih rakyat Sabah ataupun SYUKUR kembali lagi bagi memperkasa nasib rakyat yang kurang berkemampuan dan membantu meringankan beban yang dipikul rakyat, Program yang di berikan adalah mengikut berfasa yang dikategorikan mengikut 4 fasa yang bertarikh berlainan.

Bagaimanakah semakan Bantuan Syukur Sabah? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : BANTUAN PERAK SEJAHTERA 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Berikut merupakan syarat-syarat layak untuk memohon bantuan SYUKUR seperti dibawah :

  • > 18 tahun sebelum 31 Disember 2024
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan (berstatus H)
  • Beralamat dan bermastatutin di negeri sabah > 1 tahun.
  • Ketua isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dalam data ekasih setakat 31 Disember 2024.

CARA SEMAK SYUKUR FASA 2 2025

Anda boleh melakukan semakan status kelayakan program bantuan SYUKUR 2025 ini dengan mengikuti enam langkah mudah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Online : SYUKUR
  2. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR.
  5. Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  6. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.

*NOTA: Anda juga boleh melakukan semakan dengan mudah menggunakan aplikasi YONO

TARIKH AGIHAN BAYARAN SYUKUR FASA 2 2025

Rujuk jadual bayaran yang disediakan di bawah untuk mengetahui anggaran bulan pembayaran bantuan ini dilakukan:

FASA AGIHANTARIKH AGIHAN BAYARAN
FASA 1
(JAN-MAC 2025)
Pembayaran bermula
19 februari 2025 (rabu)
FASA 2
(APRIL-JUN 2025)
Pembayaran bermula
April 2025
FASA 3
(JUL-SEPT 2025)
Pembayaran bermula
Jul 2025
FASA 4
(OKT-DIS 2025)
Pembayaran bermula
Okt 2025

CARA PEMBAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Pembayaran syukur diagihkan melalui 3 cara iaitu seperti berikut :

  • Disalurkan terus ke akaun bank penerima
  • Secara Tunai (CASH) dibank yang terpilih
  • Dikreditkan kedalam Ewallet YONO

RUJUKAN

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang SYUKUR 2025 ini anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab di talian berikut:

  • Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
  • Talian Telefon:088 338 338
  • Talian Whatsapp :0105828207

Leave a Comment