PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

PERMOHONAN STR 2027 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk tahun 2027 dengan kadar peruntukan sebanyak RM16 billion untuk STR dan SARA.

Bagaimanakah permohonan str 2027? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

JENIS PERMOHONAN STR 2027

Terdapat beberapa jenis permohonan STR 2027, dan dibuka sepanjang tahun:

  • Pemohonan Baharu;
  • Kemas Kini Permohonan;

Syarat Permohonan Baharu :

  • Tiada rekod dalam sistem STR; atau
  • Belum pernah menerima STR sebelum ini;
  • Memenuhi syarat kelayakan STR 2027

Syarat Kemas kini Permohonan :

  • Penerima sedia ada yang mempunyai perubahan Maklumat Asas Permohonan :
    • Perubahan Status Perkahwinan;
    • Pertambahan Bilangan Anak / Tanggungan;
    • Perubahan Kadar Pendapatan Bulanan;
    • Perubahan Akaun Bank Pemohon / Pasangan;
    • Perubahan Maklumat Waris;
    • Perubahan Maklumat Nombor Telefon / Alamat Surat Menyurat / e-Mel; atau
  • Tidak pernah kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut

TARIKH & CARA PERMOHONAN STR

Pemohon baharu yang memenuhi syarat kelayakan PERMOHONAN STR 2027, boleh membuat permohonan dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :

KAEDAH PERMOHONANTARIKH
PERMOHONAN BARU
&
KEMAS KINI
Permohonan Secara Manual

Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01)
di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
1 Oktober 2026, Khamis
Permohonan Secara Online

Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
15 Oktober 2026, Khamis

SYARAT KELAYAKAN STR 2027

Sebelum membuat PERMOHONAN STR 2027, anda mestilah memenuhi syarat dan kelayakan bantuan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahWarganegara Malaysia;

Berkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Warga Emas Tanpa PasanganWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Bujang :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
BujangWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

PERMOHONAN STR 2027

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat PERMOHONAN STR 2027 secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

KADAR KELAYAKAN STR 2027

Setiap individu yang lulus PERMOHONAN STR 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKKADAR MAKSIUM STR 2027
Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM1,100
5 Anak Ke AtasRM1,600
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKKADAR MAKSIUM STR 2027
Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM450
3 – 4 AnakRM700
5 Anak Ke AtasRM950
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIUM STR 2027
Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
Berusia 60 tahun dan ke atas
RM600
  • Bujang :
KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIUM STR 2027
Bujang
Berusia 21 tahun sehingga 59 tahun
Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA

(RM50 Setiap Bulan = RM600 Setahun

BORANG PERMOHONAN STR 2027

Berikut merupakan borang rasmi PERMOHONAN STR 2027 (Borang BK-01) :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment