REGISTER STR BARU 2027 : PERMOHONAN STR BARU 2027 ONLINE
Bagi yang belum pernah menerima bayaran STR atau pernah memohon tetapi status ‘Gagal’, boleh kemukakan permohonan baru untuk penerimaan bayaran bagi tahun 2027.
Bagaimanakah register STR baru 2027? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : DAFTAR STR BUJANG 2027 : MOHON ONLINE
PENGENALAN STR 2027
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
JUMLAH BAYARAN STR BARU 2027
Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR (RM) | JUMLAH SARA (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : 200 1 – 2 anak : 600 3 – 4 anak : 1,100 >5 anak : 1,600 | 1,800 hingga 3,000 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : 200 1 – 2 anak : 450 3 – 4 anak : 700 >5 anak : 950 | 1,200 |
| Warga Emas | 600 | 600 hingga 1,800 |
| Bujang | – | 600 hingga 1,200 |
CARA BAYARAN STR BARU 2027
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 dilaksanakan secara ansur melalui empat fasa utama dan penerima akan menerima bayaran melalui dua cara berikut :
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
- Pemabayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima.
KRITERIA PENERIMA STR BARU 2027
- Isi Rumah :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : Bawah RM2,500 sebulan M40 : Sehingga RM5,000 sebulan |
- Warga Emas :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Taraf Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM5,000 sebulan |
- Bujang :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun (OKU 19 tahun ke atas) |
| Taraf Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak / bukan tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 sebulan |
REGISTER STR BARU 2027
Rujuk panduan lengkap cara register permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan bayaran bagi tahun 2027 seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.