STR 2026 – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN, KEMASKINI & PERMOHONAN AKAUN BARU
Semakan kelayakan, kemasini dan permohonan baru Bantuan STR 2026 kini dibuka bermula dari 13 Oktober 2025. Bagi memastikan anda layak untuk mendapat semua manfaat dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pastikan anda membuat permohonan dan kemaskini untuk tahun 2026.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang STR (Sumbangan Tunai Rahmah).
“Semak juga tarikh dan kadar bantuan SARA 2026.“
APA ITU STR 2026?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kewangan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup.
Ia kesinambungan BPR dan BSH, dengan peruntukan RM13 bilion pada 2025, memberi manfaat kepada 9 juta rakyat atau 60% penduduk dewasa.

STR diiringi dengan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu kredit pembelian barangan keperluan asas yang diberikan secara bulanan.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025.
Peruntukan yang lebih tinggi ini adalah hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui penyasaran subsidi seperti diesel dan bahan api RON95. Usaha ini bertujuan memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan lebih meluas dan berkesan dalam meringankan beban rakyat.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Syarat-syarat kelayakan penerima STR bagi tahun 2026 mengikut kategori adalah seperti berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidakmempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2026
Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan.
| Kategori Penerima | Jumlah Bantuan STR 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 – 2 Anak : RM1,200 3 – 4 Anak : RM1,700 5 Anak ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 – 2 Anak : RM450 3 – 4 Anak : RM700 5 Anak ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | – |

Bayaran STR dan SARA 2026 dijangka akan mula disalurkan pada awal tahun 2026, selepas kelulusan rasmi Belanjawan 2026 dan pengumuman tarikh rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Semua bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan. Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026
Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Selesai

SIAPA YANG PERLU KEMASKINI MAKLUMAT STR?
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut :
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
- Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
- Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
- Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
CARA KEMASKINI PERMOHONAN STR 2026
Kemaskini Di Portal Rasmi MySTR
- Lawati portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris.
Kemaskini Secara Manual
- Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
- Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.
Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci :
PERMOHONAN AKAUN BARU STR 2026
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut :
- Layari Portal STR 2026 di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan sepe-salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
- Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh :
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat : Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA.
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Ya, selain online, permohonan boleh dibuat di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.
Pemohon pertama kali atau mereka yang gagal kelayakan tahun sebelum perlu buat permohonan baharu secara online atau manual.
Permohonan baharu dan kemas kini kelayakan untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
Ya, portal MySTR mesra peranti mudah alih dan boleh diakses melalui pelayar internet telefon pintar.
Ya, penerima sedia ada diwajibkan daftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk mengetahui maklumat terkini dan sebarang pertanyaan mengenai STR 2026, anda boleh ikuti atau hubungi :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian MOF : 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my